Wednesday, November 17, 2010
Rentak Apa Saja...
Trend blogging sudah menular agak lama, mungkin sudah lebih 10 tahun dulu, ada yang blogging tentang rutin kehidupan mereka, tentang minat.. ada yang tulis pasal bolasepak dan team masing-masing, pasal muzik.. review album atau gig & konsert, tentang perkembangan dan sejarah band yang diminati, ada yang blogging untuk berkongsi pengalaman, share itu dan ini. Tak kurang juga mereka yang berblogging untuk side income.. jual barang secara online, tudung atau brooch, CD atau cupcakes. Terpulang.
Aku pun nak try blogging jugak la, bukan nak jadi trend-chaser pun, sekadar suka-suka. Boleh buka cerita apa saja. Nak kisah heavy metal boleh, kisah misteri pun boleh. nak buka pasal kisah cinta kenangan lalu pun boleh, hehehe... asalkan tak melibatkan pihak disana, sudah.
Aku juga ingin selitkan dari masa ke semasa, gambar-gambar yang aku ambil seharian, gambar sendiri, gambar kereta, gambar bangunan, apa-apa sahaja view yang menarik hati. Bukan ada proper gear pun, guna handset je.
Okaylah, cukup buat permulaan. Let's roll...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

Gua rasa lu boleh pergi jauh. Lu ada gaya penulisan tersendiri. Teruskan bro..
ReplyDelete