Wednesday, December 14, 2011

Tertonggeng!


Sinar fm main lagu Rusty Blade 'Kenangan Cinta' tadi petang waktu segmen Arena Rock. Celaka, bergarit memori terimbas kembali. Aku tweet pada Hazrey (jurnalis tv3) pasal ni, dia bilang aku sindir dia. Hahaha... padahal kena direct pada muka aku terus. Happy birthday bro, semoga terus muda remaja dan nakal2 selalu especially bila ikut tugasan D7 raid pusat2 hiburan dan menikmati pusat2 yg putih melepak tu. Damn!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 5, 2011

Kembali ke permukaan.

Telah aku sagat

Sayang yang pernah kau beri

Hancur jadi cebis-cebis kecil

Agar tiada siapa

Yang dapat mengenal pasti

Milik siapa

Walau sedalam manapun

Ujian dijalankan

Kerana aku tak ingin

Sesiapa pun tahu

Pernah wujudnya

Satu kisah kasih agung

Bukan cerita buku

Biar generasi mendatang

Terus mencurigai adanya

Cinta sejati didunia ini.


Published with Blogger-droid v2.0.1