Friday, February 17, 2012

Search vs Iron Maiden

...kita pun juga dah jejak satu level dengan diorang bro!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, December 14, 2011

Tertonggeng!


Sinar fm main lagu Rusty Blade 'Kenangan Cinta' tadi petang waktu segmen Arena Rock. Celaka, bergarit memori terimbas kembali. Aku tweet pada Hazrey (jurnalis tv3) pasal ni, dia bilang aku sindir dia. Hahaha... padahal kena direct pada muka aku terus. Happy birthday bro, semoga terus muda remaja dan nakal2 selalu especially bila ikut tugasan D7 raid pusat2 hiburan dan menikmati pusat2 yg putih melepak tu. Damn!

Published with Blogger-droid v2.0.2

Monday, December 5, 2011

Kembali ke permukaan.

Telah aku sagat

Sayang yang pernah kau beri

Hancur jadi cebis-cebis kecil

Agar tiada siapa

Yang dapat mengenal pasti

Milik siapa

Walau sedalam manapun

Ujian dijalankan

Kerana aku tak ingin

Sesiapa pun tahu

Pernah wujudnya

Satu kisah kasih agung

Bukan cerita buku

Biar generasi mendatang

Terus mencurigai adanya

Cinta sejati didunia ini.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, March 25, 2011

Kempen sayang bumi 2011.


Mari bersama kita sokong Earth Hour 2011, 26 Mac (sabtu) selama satu jam bergelap 8.30 hingga 9.30pm, kurangkan penggunaan barangan elektrik juga ketika itu...!!!

Bersama, jom sejukkan bumi untuk masadepan!




.

Friday, March 18, 2011

Misi mustahil...?


Telah aku lancarkan
satu misi mencari
satu bintang
yang pernah aku mimpi
satu ketika dulu...

Telah aku kerah
ratusan kapal angkasa
dengan segala kelengkapan
dalam pencarian mahupun pertempuran
jika terpaksa
cara halus atau cara kasar
demi empayar ini...

Akan aku bina
satu pengkalan hayat
di bintang itu nanti
penuh infrastruktur
seperti di bumi
jika dia berjaya aku miliki...

Namun bukan semua misi
aku tempuhi
ringkas dan mudah,
Kali ini aku sudah
tekad melawan dari menyerah kalah,

Tapi hidup tak pernah
meminta dijelajah, dijajah dan diperintah
lagi banyak cubaan melawan
lagi musnah markas taktikal aku ditawan...

Bintangmu terus menjauh
dari orbit kekuasaanku
membuat aku sukar menakluki kasihmu
sekarang kau terdedah
kepada galaksi bima sakti
memberi peluang empayar lain
untuk mendekati,

Unit roket dan jet aku
tak mampu lagi mengawasi
misi ini mustahil untuk aku habisi
jagalah dirimu sang bintang kejora
moga perebutan kuasa tidak ketara
yang bisa menolak kau terus jauh ke utara.







.

Wednesday, November 17, 2010

Rentak Apa Saja...


Trend blogging sudah menular agak lama, mungkin sudah lebih 10 tahun dulu, ada yang blogging tentang rutin kehidupan mereka, tentang minat.. ada yang tulis pasal bolasepak dan team masing-masing, pasal muzik.. review album atau gig & konsert, tentang perkembangan dan sejarah band yang diminati, ada yang blogging untuk berkongsi pengalaman, share itu dan ini. Tak kurang juga mereka yang berblogging untuk side income.. jual barang secara online, tudung atau brooch, CD atau cupcakes. Terpulang.

Aku pun nak try blogging jugak la, bukan nak jadi trend-chaser pun, sekadar suka-suka. Boleh buka cerita apa saja. Nak kisah heavy metal boleh, kisah misteri pun boleh. nak buka pasal kisah cinta kenangan lalu pun boleh, hehehe... asalkan tak melibatkan pihak disana, sudah. 

Aku juga ingin selitkan dari masa ke semasa, gambar-gambar yang aku ambil seharian, gambar sendiri, gambar kereta, gambar bangunan, apa-apa sahaja view yang menarik hati. Bukan ada proper gear pun, guna handset je.

Okaylah, cukup buat permulaan. Let's roll...!