Monday, December 5, 2011

Kembali ke permukaan.

Telah aku sagat

Sayang yang pernah kau beri

Hancur jadi cebis-cebis kecil

Agar tiada siapa

Yang dapat mengenal pasti

Milik siapa

Walau sedalam manapun

Ujian dijalankan

Kerana aku tak ingin

Sesiapa pun tahu

Pernah wujudnya

Satu kisah kasih agung

Bukan cerita buku

Biar generasi mendatang

Terus mencurigai adanya

Cinta sejati didunia ini.


Published with Blogger-droid v2.0.1

2 comments: